Tuesday, June 10, 2008

Wakil rakyat PAS potong elaun 25 peratus sejak 18 tahun lalu

Mungkin bagi pemimpin Umno pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.

Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 20 peratus sejak 18 tahun lalu. Itu belum lagi diambil kira potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.

Ini bermakna elaun setiap wakil rakyat PAS di Kelantan dipotong sehingga 25 peratus.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.

Image�Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang,� katanya ketika ditemui di rumahnya di Alor Pasir, hari ini.

Semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuatkuasa 1 Julai depan.

Menurut Perdana Menteri pemotongan itu dibuat bagi meringankan beban rakyat ekoran kenaikan begitu tinggi harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti.

�Selepas wakil-wakil rakyat PAS diisytihar menang dalam pilihan raya mereka akan diberi borang khas untuk diisi bagi pemotongan elaun bulanan yang diterima mereka.

�Perkara itu bukan baru sebaliknya sudah lebih 18 tahun lalu ketika kerajaan PAS mula-mula berkuasa di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990,� ujarnya.

Sebagai contohnya katanya, elaun bulanan beliau sebagai Timbalan Menteri Besar dipotong sebanyak RM2,800 sebulan iaitu untuk Tabung Serambi Mekah dan kebajikan rakyat.

Menurutnya polisi itu ditetapkan PAS sebagai langkah awal untuk menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan aktiviti parti.

Kata beliau juga Menteri Besar dan anggota Exco di Kelantan tidak mempunyai banyak elaun keraian seperti dinikmati jemaah menteri.

Malah katanya, elaun mesyuarat anggota Exco sebanyak RM100 bagi setiap kali mesyuarat tidak pernah diambil anggota Exco di Kelantan sejak dahulu lagi.

�Ini kerana kita berpendapat sudah menjadi tugas setiap anggota Exco menghadiri mesyuarat dan ia tidak perlu lagi dibayar elaun, biar pun tidak diamalkan di negeri-negeri lain,� katanya.

Beliau juga memberitahu elaun bulanan wakil rakyat di Kelantan tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu, biar pun Parlimen dan negeri lain sudah dua kali menaikkan kadar elaun bulanan.

Timbalan Menteri Besar berkata, biar pun ada suara-suara supaya kerajaan negeri menimbangkan semula kadar baru elaun setiap Adun, namun cadangan itu tidak dipertimbangkan kerana memikirkan kebajikan rakyat.

Ahmad kelihatan semakin sihat selepas diserang sakit jantung pada 24 Mei lalu. Sebelum ini beliau mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia hampir seminggu.

Ekoran itu beliau diberi cuti rehat sehingga akhir bulan ini.

Pagi tadi beliau juga dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru kembali daripada menunaikan ibadat umrah di Makkah malam tadi.

Saturday, June 7, 2008

Kenaikan harga minyak, lagi desakan supaya PM berundur

SUNGAI PETANI, 7 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi didesak supaya segera berundur dari jawatan nombor satu negara berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Dengan membandingkan Venezuela dan Arab Saudi yang juga negara pengeluar minyak, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad dalam pidatonya pada himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak di sini kelmarin mempertikaikan tindakan kerajaan itu.

Beliau yang ditemui selepas himpunan itu berkata, 'trend' kenaikan harga barang di pasaran juga akan bergerak relatif dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan pasti akan meneruskan 'trend' yang sama iaitu menasihatkan rakyat agar menggunakan pendekatan yang tidak relevan, katanya.

Dengan nada sinis beliau menyatakan contoh antaranya naik basikal, makan segenggam, makan ubi kayu dan seumpamanya.

Dalam himpunan kelmarin, lebih 1,000 orang menyertai protes tersebut sambil membawa sepanduk bantahan.

Image Peserta berarak dari Masjid Sultan Muzaffar Shah menuju ke tengah dataran di Menara Jam Besar Sungai Petani dengan dimulai pidato oleh ustaz Musoddak dan diakhiri dengan doa oleh Naib Ketua DPPNK, Ustaz Zainal Asri Romli.

Turut menyampaikan pidato ialah aktivis sosial yang juga bekas calon Dun Gurun, V. Kalai Vanar, Timbalan Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya, Ketua AMK Baling, Khidir dan lain-lain.

Sementara itu, lima peserta himpunan ditahan pihak polis setelah mengadakan himpunan kali kedua di tempat yang sama sekitar jam 4.00 petang.

Harakahdaily difahamkan, mereka adalah peserta yang lewat tiba dari Baling.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan pada jam 9.00 malam tadi selepas diambil keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda./wann_

Tuesday, June 3, 2008

Kemasukan Ezam tambah kusutkan Umno


Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Zahrin Hashim yakin kemasukan bekas Ketua Angkatan Muda KeAdiLan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno boleh mempercepatkan pembentukan Kerajaan Baru Malaysia tidak lama lagi.

Ezam katanya, bukan menjadi kebanggaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bahkan bakal menambah kekusutan dalam Umno apabila beliau dikatakan menjadi ayam tambatan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin untuk menyaingi atau menyekat kemaraan pengaruh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

"Biarlah dia pergi dengan politiknya. Pemergianya langsung tidak memberi kesan pada KeAdiLan sebaliknya menambah kekuatan apabila kemasukan beramai-ramai ahli baru sebagai generasi baru yang lebih cemerlang, " tambahnya ketika berucap di majlis penyerahan borang dan perasmian cawangan baru KeADILan di Kampung Teluk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua semalam.

Menurutnya, bila penyertaan Ezam ke dalam Umno semula sebenarnya menimbulkan kemarahan sebahagian Ahli Parlimen Umno khusunya kerana khuatir mengundang padah yang lebih dahsyat setelah BN tertekan teruk lepas pilihan raya umum lalu.

Bagi Kerajaan Pakatan Rakyat kata beliau, isu kemasukan Ezzam tidak menjadi perbincangan tetapi lebih kepada memberikan penumpuan pada pengtadbiran kerana dalam masa tiga bulan pembentukan Kerajaan PR banyak pelabur mula datang melabur di kelima-lima negeri.

Kerajaan PR mula berkembang walaupun terpaksa mengharungi berbagai dugaan yang antaranya sengaja dicipta oleh ejen-ejen BN untuk memburuk-burukan Kerajaan PR.

"Siapa kata pembangkang tidak boleh memerintah. Terbukti sudah ia hanya pembohongan BN yang selama ini mengatakan Umno dan BN sahaja layak mengtadbir, " ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sebelum itu beliau diiringi Timbalan Pengerusi KeAdiLan Negeri, Law Choo Kiang, Pengarah Pilihan raya KeAdiLan, Mustaffa Kamal, Ketua Bahagian KeAdiLan Tasek Gelugor, Haji Mohamad Hashim, Ketua Wanita KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Noorsiah Md Arshad dan Setiausaha KeAdiLan Bahagian Tasek Gelugor, Haji Azhar Ahmad memotong riben tanda pembukaan sebuah pejabat KeAdiLan cawangan Kampung Teluk, Sungai Dua.

Seramai 64 orang ahli berbangsa tionghua diketuai Quak Ah Hee menyerahkan borang kemasukan KeADILan kepada Dato' Zahrin.

sumber: harakah

Thursday, May 29, 2008

Aneh Ezam kembali kepada Umno dalam Tun Mahathir keluar parti itu - Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | May 29, 08 | 5:42:43 pm MYT

KUALA PILAH, 29 Mei (Hrkh) - Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu.

Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi.

Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno".

"KIta jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan.

Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan.

"Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis.

"Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin.

Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan.

"Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta.

"Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin.

Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya.

"Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis