Dengan membandingkan Venezuela dan Arab Saudi yang juga negara pengeluar minyak, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad dalam pidatonya pada himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak di sini kelmarin mempertikaikan tindakan kerajaan itu.
Beliau yang ditemui selepas himpunan itu berkata, 'trend' kenaikan harga barang di pasaran juga akan bergerak relatif dengan kenaikan harga minyak.
Kerajaan pasti akan meneruskan 'trend' yang sama iaitu menasihatkan rakyat agar menggunakan pendekatan yang tidak relevan, katanya.
Dengan nada sinis beliau menyatakan contoh antaranya naik basikal, makan segenggam, makan ubi kayu dan seumpamanya.
Dalam himpunan kelmarin, lebih 1,000 orang menyertai protes tersebut sambil membawa sepanduk bantahan.
Peserta berarak dari Masjid Sultan Muzaffar Shah menuju ke tengah dataran di Menara Jam Besar Sungai Petani dengan dimulai pidato oleh ustaz Musoddak dan diakhiri dengan doa oleh Naib Ketua DPPNK, Ustaz Zainal Asri Romli.
Turut menyampaikan pidato ialah aktivis sosial yang juga bekas calon Dun Gurun, V. Kalai Vanar, Timbalan Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya, Ketua AMK Baling, Khidir dan lain-lain.
Sementara itu, lima peserta himpunan ditahan pihak polis setelah mengadakan himpunan kali kedua di tempat yang sama sekitar jam 4.00 petang.
Harakahdaily difahamkan, mereka adalah peserta yang lewat tiba dari Baling.
Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan pada jam 9.00 malam tadi selepas diambil keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda./wann_
No comments:
Post a Comment